Page 5 - Sains ICT dan Islam (Final) (1)
P. 5
Peranan ICT terhadap perkembangan dakwah dalam era globalisasi
Teknologi Maklumat Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology)
boleh merujuk kepada teknologi yang digunakan oleh manusia untuk memudahkan proses
penyampaian dan penyebbaran maklumat. Jika hendak dibicara takjuknya, skop perbincangan
yang boleh dilingkupinya adalah sangat meluas; dimana perbincangan utamanya adalah
berkaitan aspek pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perbicaraan mudahnya adalah
segala perkara ayng bekaitan tentang penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
Dengan adanya kemudahan teknologi maklumat, terjadinya pengaliran data dan maklumat
secara meluas dengan wujudnya pelbagai wadah dan platfom penyebaran yang kian
membangun tanpa henti untuk pengaliran informasi maklumat tersebut. Dalam pengaliran ini,
belakunya proses pengumpulan dan pengolahan semula data dalam pelbagai bentuk media
seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya yang dilakukan oleh warga media sejagat
dengan tujuan memudahkan proses penyerapan dan pemahaman kandungannya. Capaian
platfom yang sangat meluas kini membolehkan proses penyebaran maklumat berlaku dengan
kadar yang sangat pantas, bak kata perpatah yang seringkali diungkapkan; “kini segalanya
hanya berada di hujung jari”.
Secara umumnya Dakwah boleh dedefinisikan sebagai perlaksanaan terhadap perintah Allah;
iaitu untuk menyeru manusia ke arah ajaran agama Islam yang merangkumi skop persoalan
teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dengan kata lain, Dakwah merupakan satu usaha untuk
mengajardan mengingatkan akan kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik
tentang nikmat dunia dan nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat
dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan
kebahagiaan sepertimana Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk
menyeru manusia ke jalan Allah” (Fusilat 41; 33)
5 | S a i n s I C T d a n I s l a m

