Page 6 - Sains ICT dan Islam (Final) (1)
P. 6

Kehadiran teknologi multimedia dalam kehidupan kita dalam era globalisasi pada masa kini
                    merupakan sebuah anugerah yang istimewa dalam usaha untuk melakukan dakwah.
                 Keupayaan menghantar,menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas dengan
                 kian jayanya. Hal ini disebabkan proses penerimaan ilmu tidak lagi berlaku dengan hanya
                 melalui perantaraan antara pendakwah dan sasarannya sahaja, malah kini dilakukan dengan
                 penggunaan media elektronik seperti radio, televisyen, komputer dan telefon pintar. Bilik-
                   bilik seminar bukan lagi di sempadani batu bata dan kayu, sebaliknya alam maya dapat
                      menghubungkan manusia dari segenap dunia walau dimana tanpa mengira masa.



                   Kemudahan yang dibawa oleh teknologi maklumat seharusnya dimanfaatkan oleh para
                   dakwah dengan wujudnya wadah multimedia yang pelbagai. Melalui saluran pelbagai,
                     terdapat banyak program dan aktiviti yang boleh dianjurkan oleh pendakwah untuk
                menyebarkan ilmu dan kalam allah. Sebagai contoh, penyiaran rancangan radio ke udara oleh
                      stesen radio seperti IKIM FM yang menyiarkan pelbagai program menarik yang
                 mengandungi unsur-unsur dakwah dan nasihat merupakan salah satu cara berdakwah yang
                berkesan kepada pendengar-pendengar yang sedang berada di dalam kederaan mereka tatkala
                     beransur pergi ke tempat kerja. Selain itu, terdapat pelbagai media lain yang dapat
                menyampaikan dakwah seperti membuat video yang mempunyai konten berunsur nasihat dan
                          juga lagu-lagu nasyid yang berkisahkan perjuanagan para nabi dan rasul.


















































               6 | S a i n s   I C T   d a n   I s l a m
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11