Page 18 - BORANG MAKLUM BALAS MESY GURU BIL 1.2021
P. 18

5.6      Latihan personel 2021 (SPLKPM)

                             5.6.1  Pn  Zuhiedaya  memaklumkan  semua  guru  diwajibkan  mengikuti
                             LADAP  sebanyak  minima  lima  (5)  hari  setahun.  Untuk  makluman  juga,
                             semua guru dan staf termasuk guru-guru interim telah berjaya mencapai
                             mata kredit 42 bagi CPD seawal bulan Julai pada tahun lalu.

                             5.6.2  Di  samping  itu,  guru-guru  juga  perlu  mencapai  minima  42  mata
                             kredit setahun untuk CPD. Mata kredit boleh ditambah secara berikut :

                                •  menghadiri kursus (offsite)
                                •  membaca buku
                                •  menghadiri kursus secara dalam talian (online) seperti EPSA /

                                    WEBINAR dan lain-lain yang dibenarkan KPM),
                                •  melaksanakan PLC
                                •  Memberi sumbangan secara sukarela diluar tugasan hakiki.

                                    [jurulatih utama (JU), pengadil, pegawai teknikal, jurulatih pusat]

                             5.6.3  Selepas melaksanakan PLC , ketua kumpulan perlu mengisi data
                             berkenaan  ke  dalam  sistem  SPLKPM  dan  membuat  laporan  ringkas
                             berkaitan PLC untuk simpanan fail panitia serta Penyelaras PLC.

                             5.6.4  Semua  guru  amat  digalakkan  untuk  mengikuti  kursus  EPSA
                             (ePembelajaran  Sektor  Awam)  yang  diselia  oleh  pihak  INTAN  untuk
                             menambah hari latihan secara atas talian. Pelbagai kursus yang ditawarkan
                             meliputi perkara berkaitan tugasan dan kehendak perkhidmatan awam.

                             5.6.5   Semua  guru  dan  staf  diminta  sentiasa  menyemak  data  masing-
                             masing dalam SPLKPM setiap bulan bagi memastikan kursus atau latihan
                             yang dihadiri telah dikemaskini oleh pihak penganjur.

                             5.6.6  Selain  itu,  semua  guru  diminta  menyemak  dan  mengisi  bahagian
                             penilaian  kursus  secara  dalam  talian  (online)  (PK06-1  dan  PK06-2)  bagi
                             setiap  kursus  yang  dihadiri.  Ianya  bertujuan  untuk  Setiausaha  Latihan
                             membuat analisa dan penilaian kursus dan penceramah.

                                                                                                   Makluman

              6.    PENUTUP

                    6.1      Guru Besar mengucapkan  terima kasih  atas  kerjasama  serta  komitmen
                              yang telah diberikan oleh semua guru sepanjang pengendalian mesyuarat
                              guru kali pertama tahun 2021.

                    6.2      Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:50 tengah hari.


               Urus Setia
               S/U Mesyuarat Guru
               SK Seksyen 9, Shah Alam
               Tarikh : 17.1.2021


                                                           18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23