Page 13 - BORANG MAKLUM BALAS MESY GURU BIL 1.2021
P. 13
(f) Mempamerkan senarai inventori bilik darjah.
(g) Melengkapkan papan maklumat & sudut yang bermaklumat.
(h) Menyediakan bekas untuk kitar semula.
(i) Menyediakan rak buku dan carta nilam.
(j) Menanam pokok di koridor kelas.
(k) Menghias kelas menggunakan barangan kitar semula.
Tindakan: Semua guru kelas
4.3.3 Disiplin murid
4.3.3.1 Semua guru di sekolah merupakan guru disiplin dan bertanggungjawab
bagi mendisiplinkan murid setiap masa.
4.3.3.2 Hanya Guru Besar dibenarkan melaksanakan hukuman rotan mengikut
prosedur tertentu manakala guru dilarang merotan murid.
4.3.3.3 Kehadiran murid perlu direkod secara atas talian pada waktu pertama.
4.3.3.4 Pergerakan keluar masuk kelas mesti dikawal dengan menggunakan
pas keluar murid.
4.3.3.5 Guru perlu mengiringi murid untuk ke kelas atau bilik-bilik khas.
4.3.3.6 Guru juga perlu mengingatkan murid tentang pergerakan semasa
kecemasan.
Makluman
4.3.4 Fokus pemeriksaan hari pertama persekolahan 2021
4.3.4.1 GPK HEM juga memaklumkan senarai semak pemeriksaan hari
pertama persekolahan bagi sesi 2021. (Lampiran C)
Makluman
4.4 Maklumat Kokurikulum
4.4.1 Pelaksanaan kokurikulum 2021
4.4.1.1 GPK Kokurikulum mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
semua guru atas kecemerlangan kokurikulum.
13

