Page 72 - PDKU pdf
P. 72

PEJABAT DAERAH KULAI



               RESTORAN TERBAIK DAERAH KULAI


               NASI LEMAK WAK KENTUT


                       Namanya  mungkin  kedengaran  lucu

               tetapi percayalah yang ia amat terkenal kerana
               nasi  lemaknya  yang  sedap  tau!  Nasi  Lemak
               Wak Kentut bukan sahaja dikenali di kalangan
               rakyat tempatan, malah mereka yang datang
               dari  negara  jiran  seperti  Singapura  juga

               mengenali tempat ini.


                       Mereka menyediakan nasi lemak biasa,
               nasi lemak bersama telur goreng dan juga nasi
               lemak  dengan  tambahan  ayam  goreng  pada
               harga bermula RM1.50 sahaja. Nasi tambahan
               juga  boleh  dipesan  mengikut  kemahuan
               pelanggan.




                       Menurut  ramai  pelanggan,  nasi  lemak
               di  sini  betul-betul  cukup  rasa,  setanding  dengan  beberapa  tempat  yang  lain.  Ayam
               gorengnya  pula  digoreng  rangup  bersama  rempah  yang  menambah  kelazatan  bila
               digandingkan dengan nasinya, sedapnya!


               Alamat: 2130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai


               Waktu Operasi: Setiap hari, bermula dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam


















                                                           72
                                                                   KULAI KESAYANGAN KITA
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77