Page 74 - PDKU pdf
P. 74
PEJABAT DAERAH KULAI
NASI AYAM ANGAH
Bagi yang tercari-cari lokasi restoran
ini, Nasi Ayam Angah terletak bersebelahan
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun
Ibrahim. Tanda yang lain ialah McDonald
yang membelakanginya. Mudah sahaja
untuk mencarinya, bukan?
Nasi Ayam Angah tidak dibuka untuk
tempoh yang lama iaitu sehingga petang
atau sehingga makanan habis. Oleh itu,
anda kenalah datang awal sedikit terutama
pada waktu makan tengah hari yang
biasanya penuh sesak dengan pelanggan.
Tiga jenis nasi ayam dalam pilihan
iaitu nasi ayam biasa, nasi ayam sambal dan
nasi ayam goreng. Turut dijual di sini ialah
nasi goreng dan aneka mee. Menu yang
wajib anda cuba ialah semestinya nasi ayam
mereka yang sudah menjadi kegemaran
ramai!
Alamat: No. 1212, Jalan Kasturi 36/45,
81000 Kulai
Waktu Operasi: Setiap hari, bermula dari
jam 11 pagi hingga 6 petang
74
KULAI KESAYANGAN KITA

