Page 48 - PDKU pdf
P. 48
PEJABAT DAERAH KULAI
PUSAT MEMBELI-BELAH
Terdapat pelbagai pusat beli-belah yang terdapat di dalam daerah tersebut. Antaranya
ialah Johor Premium Outlets, IOI Mall, Giant, MYDIN, SuperCowboy, TJ Mart, AEON Kulai dan
Pasar Raya Econsave. Johor Premium Outlets merupakan premium outlet yang pertama
dibina di Asia Tenggara dan di situ terdapat pelbagai barangan yang berjenama dan bertaraf
antarabangsa seperti Adidas, Nike, Amani dan lain-lain lagi. Pada tahun 2013, telah dibina
sebuah taman tema air bertaraf antarabangsa dan sebuah hotel bertaraf 5 bintang di kawasan
ini. IOI Mall merupakan pusat beli-belah pertama yang dibina di dalam daerah ini yang
terletak di Bandar Putra. AEON Kulai yang terletak di Indahpura telah siap dibina dan dibuka
pada 27 November 2013.
JOHOR PREMIUM OUTLET IOI MALL
GIANT MYDIN
48
KULAI KESAYANGAN KITA

