Page 53 - PDKU pdf
P. 53
PEJABAT DAERAH KULAI
Felda Taib Andak berada di kedudukan yang strategik, berhampiran dengan
kawasan pembangunan utama seperti Kulai, Kota Tinggi, Ulu Tiram, Johor Bahru
dan Kluang, rancangan ini mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai kawasan
pembangunan di masa akan datang. Seluruh peneroka Felda Taib Andak telah menerima
geran tanah kekal.
Penyanyi popular yang lahir menerusi Rancangan Realiti Akademi Fantasia "Mawi"
atau nama sebenarnya Asmawi Ani adalah anak kelahiran Felda Taib Andak. Beliau digelar
Raja SMS kerana menerima undian terbanyak yang melayakkan beliau merangkul juara
pada Akademi Fantasia Musim ke 3. Pelakon Que Haidar juga berasal dari FELDA Taib
Andak.
FELDA BUKIT PERMAI
Felda Bukit Permai merupakan sebuah
kampung terletak di daerah Kulaijaya, Johor.
Ianya mula diteroka sekitar tahun 1963. Nama
asal Felda Bukit Permai ialah LKTP Teck Wah Heng
iaitu mengambil sempena nama seorang pemilik
tanah Cina yang mempunyai tanah di sana. Nama
Teck Wah Heng ini masih digunakan untuk
sebatang jalan di pekan Layang-layang yang
menuju ke Felda ini.
Felda ini terdiri dari 271 peneroka dan dibahagikan kepada 8 blok. Uniknya nama-
nama blok yang terdapat didalam Felda ini menggunakan panggilan kampung iaitu
Kampung Gajah 1, Kampung Gajah 2, Kampung Balairaya, Kampung Tengah 1, Kampung
Tengah 2, Kampung Agas, Kampung Baru 1 dan Kampung Baru 2. Setelah peneroka
memperolehi geran, mereka telah memilih untuk mentadbir sendiri rancangan dengan
menukar JKKR kepada JKKK dan kini ianya dikenali sebagai Kampung (F) Bukit Permai dan
diletakkan dibawah pengawasan Penghulu Mukim Sedenak.
Tanaman asal Felda ini merupakan getah dan telah ditebang pada tahun 1986.
Semasa tanaman semula sebahagian peneroka telah memilih untuk kekal dengan
tanaman getah manakala sebahagian lagi memilih untuk menanam pokok kelapa sawit.
Industri kecil yang popular dan paling dikenali adalah perusahaan membuat kerepek ubi.
53
KULAI KESAYANGAN KITA

