Page 6 - 2021 MATEMATIK TAHUN 2 JILID 1
P. 6

PENDAHULUAN



                     Pakej buku teks Matematik Tahun 2 ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
                     Rendah (KSSR) Tahun 2, sejajar dengan kurikulum semakan yang dilaksanakan mulai
                     tahun 2017. Penulisan pakej buku teks ini disesuaikan dengan keperluan murid untuk
                     memahami kemahiran asas matematik mengikut pemeringkatan daripada aras yang
                     paling mudah sehingga abstrak. Pakej buku teks ini diterbitkan untuk melahirkan murid
                     yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara
                     berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
                          Pakej buku teks ini mengandungi tiga komponen, iaitu Buku Teks Jilid 1, Buku Teks
                     Jilid 2 dan Buku Aktiviti. Tajuk-tajuk yang terkandung dalam Buku Teks adalah seperti
                     yang berikut:


                                                               Buku Teks Jilid 2
                                           Buku Teks Jilid 1
                                            • Nombor           • Pecahan dan
                                               hingga 1 000       Pepuluhan
                                            • Tambah,          • Wang
                                               Tolak,          • Masa dan Waktu
                                                               • Panjang, Jisim dan
                                               Darab dan          Isi Padu Cecair
                                            • Bahagi
                                                               • Bentuk
                                                               • Data



                     Semua tajuk tersebut juga terkandung dalam Buku Aktiviti.

                          Buku Teks berfokus kepada matlamat pembelajaran matematik tentang konsep
                     dan kemahiran asas matematik. Persembahan Buku Teks diolah dengan memasukkan
                     soalan penaakulan yang berkaitan supaya murid berkomunikasi serta menggalakkan
                     murid berfikir secara kritis dan kreatif. Setiap pembelajaran dikukuhkan dengan latihan
                     formatif sama ada secara lisan atau bertulis serta aktiviti lanjutan yang dicadangkan
                     pada nota guru. Elemen didik hibur dalam pembelajaran turut diselitkan dalam ruangan
                     Teroka Ria dan Santai Minda bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan
                     menyeronokkan. Selain itu, elemen nilai murni turut diterapkan secara tidak langsung
                     melalui aktiviti pembelajaran dan gambar.
                          Buku Aktiviti menyediakan aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan untuk
                     mengukuhkan dan memantapkan pemahaman murid tentang apa-apa yang telah
                     dipelajari dalam Buku Teks. Guru digalakkan untuk menyediakan aktiviti dan latihan
                     tambahan yang sesuai mengikut keperluan dan keupayaan murid.
                          Pakej buku teks ini diharapkan dapat memberikan pembelajaran yang bermakna,
                     menyeronokkan dan menarik minat murid terhadap matematik. Guru boleh merujuk
                     cara menggunakan pakej buku teks ini seperti paparan yang berikut.


                                                                                                          v v
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11