Page 13 - PENGURUSAN PENTADBIRAN 2020
P. 13
PENTADBIRAN
PENTADBIRAN
1. Semua unit dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sukan, Hal Ehwal Murid,
Kewangan, Sumber Manausia, Kemudahan dan Keperluan Asas Sekolah mempunyai
Perancangan Strategik tahun 2017-2020
2. Memperkasa pengurusan kewangan sekolah dan mengekalkan audit tanpa teguran dan
seterusnya menuju ke arah pengurusan kewangan cemerlang.
3. Memberi pengetahuan tentang pengurusan kewangan sekolah kepada semua guru dan
staf sokongan terlibat dari masa ke semasa.
4. Kerusi, meja dan buku teks mencukupi bagi setiap murid.
5. Mencapai skor 4 bagi semua aspek dalam SKPMg2.
BUDAYA KERJA SEKOLAH
1. Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Misi dan Visi
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
4. Menentukan objektif setiap tugas.
5. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.
6. Sentiasa bekerja dengan bersih , cekap dan amanah.
7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
8. Mengamalkan sikap perkhidmatan penyayang.
9. Kepimpinan melalui teladan.
10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
12. Kerja adalah ibadah
TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG
1. Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan.
2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
4. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara.
6. Berpegang teguh kepada ajaran agama.
PRINSIP ETIKA KERJA
Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
1. Niat kerja yang betul.
2. Perlakuan yang baik.
3. Penggerak ke arah kebaikan.
4. Memperkotakan apa yang diperkatakan.
5. Berdisiplin dan beradab.
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi.
3

