Page 100 - SK Tahun 6 Sains
P. 100
Suara Penghuni Alam
Menjelaskan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan kepada
Tujuan
alam sekitar dengan melakonkan drama “Suasana Penghuni Rimba”
Alat dan
Pen penanda dan kad
Bahan
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Hasilkan lapan kad yang ditulis dengan watak-watak seperti contoh di bawah.
Ketua Kampung Pegawai Aktivis Haiwan
(Adil) Perhilitan (Pembela)
Kontraktor Haiwan B
(Pemaju tanah) Tumbuhan A
Penduduk Kampung
(Tamak) Haiwan A
3. Sekumpulan murid dikehendaki melakukan perbincangan, merancang dan
menulis dialog yang sesuai bagi setiap watak di belakang kad. Dialog yang
dihasilkan perlu mengandungi perkataan-perkataan berikut.
Terancam Pupus Spesies Pelihara Pulihara Habitat
Diburu Pembangunan Penebangan Undang-undang
4. Sekumpulan murid yang lain hendaklah melakonkan drama tersebut.
Lakonan adalah berdasarkan situasi yang berikut:
Kampung Damai menjadi tumpuan para pelancong kerana lokasinya
yang terletak di tanah tinggi dan bersebelahan hutan simpan. Sebuah
syarikat pembinaan merancang untuk membangunkan rumah rehat
untuk pelancongan di kawasan kampung tersebut.
5. Persembahkan lakonan tersebut di hadapan kelas.
Sekiranya rancangan untuk membangunkan rumah rehat diteruskan, apakah
langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang sesuai bagi memastikan
tumbuhan dan haiwan tidak terancam?
92

