Page 102 - SK Tahun 6 Sains
P. 102
Apakah Daya?
Daya ialah tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas
sesuatu objek. Daya tarikan ialah daya yang menggerakkan
objek mendekati kita. Manakala daya tolakan ialah daya
yang bergerak menjauhi kita.
Apakah yang perlu Pelbagai aktiviti harian yang
dilakukan oleh pendaki melibatkan daya. Perhatikan
untuk sampai ke puncak? aktiviti dalam gambar di bawah.
Aktiviti yang manakah melibatkan
daya tarikan dan tolakan?
Bagaimanakah
budak lelaki ini boleh
menggerakkan skuter?
Aktiviti memanjat tembok melibatkan
tarikan ke atas tali dan tolakan ke
atas batu penahan. Tangan pendaki
menarik batu penahan dan kaki
pendaki pula menolak batu penahan
untuk beransur-ansur naik ke atas
cerun tembok.
Apakah daya yang terlibat untuk
ibu ini menggerakkan kereta
sorong bayi ke hadapan?
Apakah daya yang terlibat ketika mula
bergerak, berhenti dan membelok
ketika kamu mengayuh basikal?
94 6.1.1

