Page 108 - SK Tahun 6 Sains
P. 108
Daya Geseran
Eh, dah
berhenti!
Mengapakah
buah karom ini
berhenti bergerak?
Buah karom ini bergerak disebabkan oleh daya yang
dikenakan semasa menjentik. Manakala buah karom pula
berhenti kerana ada daya geseran di antara buah karom
dengan permukaan papan karom.
Apakah daya geseran?
Daya geseran ialah daya yang terhasil
apabila dua permukaan bersentuhan
antara satu sama lain.
100 6.2.1

