Page 111 - SK Tahun 6 Sains
P. 111
DAYA
1. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada jarak yang KBAT
KBAT
dilalui oleh kereta mainan di atas permukaan-permukaan
tersebut? Sekiranya daya
2. Pada permukaan yang manakah kereta mainan geseran tidak wujud,
mencatatkan jarak paling jauh? Berikan inferens kamu. apakah yang akan
3. Ramalkan jarak yang dilalui oleh kereta mainan sekiranya berlaku kepada
kereta mainan itu bergerak melalui permukaan jalan tar. objek di Bumi?
4. Apakah hubungan antara jenis permukaan dengan jarak
yang dilalui oleh kereta mainan?
Eksperimen 2 Jisim Objek
Penyataan masalah: Bagaimanakah jisim objek mempengaruhi daya geseran?
Mengapakah almari ini sukar
digerakkan? Almari sebelah
mudah sahaja ditolak!
Mari kita uji dengan
menggunakan tiga
buah lori mainan
yang berbeza jisim
atau muatan.
Kita perhatikan lori
mainan yang bergerak
paling jauh. Rancang dan jalankan
eksperimen tersebut.
1. Apakah yang dapat kamu perhatikan pada jarak yang dilalui oleh lori
mainan tersebut?
2. Lori mainan yang manakah mencatatkan jarak paling jauh?
Berikan inferens kamu.
3. Bagaimanakah hubungan antara jisim dengan jarak yang dilalui
oleh lori mainan? Adakah hipotesis kamu diterima?
103

