Page 120 - SK Tahun 6 Sains
P. 120

Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.

                 1.  Terangkan kesan daya terhadap objek dalam aktiviti berikut.
                     a) Noor memukul bola yang pegun menggunakan kayu hoki.
                     b) Kugan menangkap bola yang dibaling ke arahnya.
                     c) Rose memukul bulu tangkis yang bergerak ke arahnya.
                     d) Raju menguli adunan roti canai.

                2.  Nyatakan daya yang terlibat dalam aktiviti yang berikut.

                                                 Aktiviti                               Daya

                     a) Memakai sarung kaki
                     b) Memicit tiub ubat gigi
                     c) Memotong kayu menggunakan gergaji tangan
                     d) Bermain piano

                     e) Mengepam tayar menggunakan pam tangan


                3.  Jadual di bawah menunjukkan hasil suatu penyiasatan. Bola X dan Y
                    dilepaskan menuruni satah condong. Masa yang diambil oleh kedua-dua
                    bola untuk sampai ke hujung landasan direkodkan.
                               Masa yang diambil untuk sampai ke
                      Bola
                                      hujung landasan (saat)
                        X                        4
                        Y                        8

                    a)  Berikan dua inferens tentang perbezaan masa antara dua bola
                       tersebut.
                    b)  Berdasarkan jawapan kamu di (a), bina satu hipotesis yang sesuai.


                4.  Ahmad telah menolak tiga biji bola logam yang berbeza jisimnya dengan
                    daya yang sama. Jarak yang dilalui oleh ketiga-tiga biji bola logam
                    tersebut adalah seperti yang berikut.

                         Bola logam berjisim 300 g bergerak sejauh 150 cm
                         Bola logam berjisim 200 g bergerak sejauh 200 cm
                         Bola logam berjisim 100 g bergerak sejauh 350 cm



               112
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125