Page 121 - SK Tahun 6 Sains
P. 121
DAYA
a) Bola logam yang manakah menghasilkan geseran paling tinggi?
b) Berikan alasan untuk menyokong jawapan kamu di (a).
c) Pindahkan data tersebut ke dalam bentuk carta palang.
5. Rajah di sebelah menunjukkan seorang murid
lelaki sedang menarik kotak. Bagaimanakah
murid ini dapat menggerakkan kotak dengan
lebih mudah?
I. Menggunakan kayu penggolek.
II. Membuat corak pada permukaan kotak.
III. Memastikan permukaan kotak sentiasa bersih.
IV. Meletakkan kain di bawah kotak dan menariknya
menggunakan kain tersebut.
A. I dan II B. II dan III
C. II dan IV D. I dan IV
6. Sekumpulan murid menjalankan suatu penyiasatan terhadap sebuah
kereta mainan yang melalui jenis permukaan yang berbeza. Mereka
mendapati jarak yang dilalui oleh kereta mainan adalah seperti yang
berikut.
Jenis Jarak yang dilalui
permukaan kereta mainan (cm)
X 50
Y 40
Z 30
a) Tulis satu pemerhatian dalam penyiasatan ini.
b) Beri satu inferens berdasarkan pemerhatian kamu di (a).
c) Apakah tujuan penyiasatan ini?
d) Sekiranya permukaan X ialah kepingan plastik dan Y ialah permukaan
kertas pasir, ramalkan permukaan Z.
Jisim kenderaan mempengaruhi daya geseran yang terhasil
pada kenderaan tersebut.
e) Nyatakan satu hubungan antara dua maklumat yang dikumpul
berdasarkan pernyataan di atas.
113

