Page 196 - SK Tahun 6 Sains
P. 196
Projek Cerita Buruj
Tahukah kamu setiap buruj mempunyai ceritanya tersendiri? Dengan
menggunakan kemudahan Internet, dapatkan cerita bagi buruj selain
daripada yang telah kamu pelajari.
Tujuan Mencari maklumat tentang buruj
Alat dan
Komputer dan talian Internet
Bahan
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini secara individu.
2. Cari dan kumpul maklumat cerita menarik
tentang buruj menerusi pelbagai media
termasuk kemudahan Internet melalui
enjin carian seperti Google atau Yahoo.
3. Hasilkan blog mengenai cerita buruj kamu
melalui laman web www.blogspot.com.
Cari maklumat melalui enjin
carian Google atau Yahoo.
1. Apakah ciri-ciri yang dapat dikenal pasti dalam projek cerita buruj kamu?
Terangkan.
2. Tahukah kamu, berapakah bilangan buruj yang juga dikenali sebagai
zodiak?
3. Apakah bezanya buruj dan zodiak?
188

