Page 198 - SK Tahun 6 Sains
P. 198

Mesin Ringkas



                Mesin ringkas ialah alat yang membolehkan kita
                melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat.
                Terdapat pelbagai mesin ringkas di sekeliling kita.
                Setiap mesin mempunyai kegunaannya yang tertentu.
                Perhatikan dan kenal pasti mesin ringkas dalam
                situasi di bawah.







                                  Skru digunakan untuk                          Takal yang dipasang pada
                                  menyatukan dan                                menara tinjau  digunakan
                                  mengetatkan kepingan papan                    untuk menaikkan beban
                                  tanda pada sebatang kayu.                     dengan lebih mudah
                                                                                ke atas menara.













                Papan disendengkan
                menjadi satah condong
                untuk memudahkan kerja
                menggerakkan beban ke aras
                yang berbeza ketinggian.

                                                                           Gear yang dipasang pada
                                                                           basikal berguna untuk
                                                                           menggerakkan roda basikal
                                                                           pada kelajuan yang berbeza.



                                          Roda dan gandar pada
                                          pedal basikal menggerakkan
                                          gear dan seterusnya
                                          memutarkan roda basikal.


               190      12.1.1
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203