Page 205 - SK Tahun 6 Sains
P. 205
MESIN
Mesin Kompleks
Sesetengah alat lebih mudah digunakan untuk melakukan kerja jika
beberapa mesin ringkas digabungkan. Perhatikan situasi di bawah.
Bagaimanakah Dua bilah besi ini merupakan dua baji yang dicantumkan
gunting ini dengan skru. Skru menjadi fulkrum kepada dua baji tadi.
berfungsi? Maka gunting lebih mudah digerakkan melalui sistem tuas.
Gunting sebenarnya
ialah gabungan
tiga mesin ringkas
iaitu baji, skru dan
tuas. Gabungan ini
memudahkan kerja
memotong.
Gabungan mesin ringkas baji, skru dan tuas
menjadikan gunting sebuah mesin yang dipanggil
mesin kompleks. Apakah yang akan berlaku jika
skru pada gunting ditanggalkan. Mengapa?
Perhatikan gambar di bawah, kenal pasti
mesin ringkas yang terdapat pada alat
di bawah. Mengapakah objek seperti
gambar di atas merupakan
mesin kompleks?
pengasah pensel jangka lukis kereta mainan
12.2.1 197

