Page 209 - SK Tahun 6 Sains
P. 209
MESIN
Penciptaan Mesin yang Lestari
Mesin dicipta untuk membantu kita dalam menyelesaikan pelbagai
kerja harian. Mesin yang lestari akan dicipta dari semasa ke semasa
untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada manusia.
Apakah maksud mesin yang lestari? Perkataan lestari bermaksud tidak
berubah-ubah, kekal dan tetap. Mesin yang lestari ialah mesin yang
tahan lama, tidak mudah rosak, menguntungkan, tidak memberi kesan
buruk kepada alam sekitar, mudah dan selamat digunakan.
Mengapakah penciptaan mesin yang lestari penting
kepada manusia? Mari kita perhatikan situasi di bawah.
Pertanian
dahulu sekarang dahulu sekarang
membajak tanah menuai padi
Gambar di atas menunjukkan dua kaedah yang digunakan oleh petani untuk
membajak tanah dan menuai padi. Apakah kepentingan penciptaan mesin
pembajak tanah dan jentera penuai padi?
Perindustrian
manual mesin bermotor mesin manual jentera bermotor
membancuh simen di tapak binaan mengangkat beban di gudang
Bagaimanakah mesin-mesin yang ditunjukkan dalam situasi di atas dapat
membantu pekerja menyelesaikan kerja dengan lebih berkesan? Terangkan
kepentingan penciptaan mesin lestari yang lain dalam perindustrian.
12.2.3 201

