Page 21 - SK Tahun 6 Sains
P. 21

KEMAHIRAN SAINTIFIK



                 4. Amir menjalankan suatu penyiasatan ke atas tiga helai tuala yang
                    sama jenis dan saiz. Dia menuangkan 50 ml air pada setiap tuala dan
                    menimbang semua tuala tersebut. Jisim awal setiap tuala telah direkodkan.
                    Dia meletakkan tuala X, Y dan Z seperti rajah berikut di bawah cahaya
                    matahari.













                            tuala X                   tuala Y                     tuala Z
                     Selepas tiga jam, Amir menimbang semula jisim setiap tuala.
                     a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
                     b) Ramalkan susunan tuala mengikut jisim akhir, secara menaik.






                     c)  Nyatakan inferens berdasarkan perbezaan jisim akhir tuala X
                        dan tuala Z.


                 5. Seorang pegawai pertanian telah merekodkan pemerhatian isi padu susu
                    yang diperoleh pada tahun 2015 seperti jadual di bawah.

                       Penternak            Isi padu susu yang diperah mengikut bulan (liter)
                        kambing          Februari           Mac             April             Mei
                       Encik Yusof         350              405              608              704
                       Encik Ramli         150              245              365             526

                    a) Tuliskan inferens berdasarkan perbezaan isi padu susu yang diperah
                        bagi ternakan Encik Yusof dan Encik Ramli.
                    b) Berikan inferens lain berdasarkan pemerhatian di atas.
                    c)  Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi
                        dengan pemboleh ubah bergerak balas berdasarkan inferens di (a).
                    d) Pindahkan data dalam jadual ke dalam bentuk komunikasi yang sesuai.









                                                                                                       13
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26