Page 26 - SK Tahun 6 Sains
P. 26
Pertandingan Pamflet
Tujuan Mengadakan pertandingan mereka bentuk pamflet
“Peraturan Bilik Sains”
Alat dan
Komputer, pencetak dan kertas A4
Bahan
Kamu diberi tempoh masa
selama lima hari. Pemenang
akan dipilih berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan.
Lim, kita reka
bersama-sama ya.
Langkah-langkah
1. Reka pamflet Peraturan Bilik Sains di dalam kelas kamu secara
berpasangan.
2. Selain daripada menyenaraikan Peraturan Bilik Sains, masukkan
maklumat tentang keperluan kita untuk mematuhi Peraturan Bilik Sains
dalam pamflet yang direka.
3. Reka dan hias pamflet kamu mengikut kreativiti masing-masing
menggunakan perisian yang sesuai.
4. Persembahkan pamflet kamu di hadapan kelas.
Kamu dapati seorang daripada rakan kamu tidak mengamalkan Peraturan
Bilik Sains. Bagaimanakah kamu mengatasi masalah ini?
18

