Page 34 - SK Tahun 6 Sains
P. 34

Hidup Mikrob!



                              Bolehkah mikroorganisma                          Aktiviti 1
                              bernafas?



                Tujuan    Membuktikan yis bernafas dan membebaskan gas

                Alat dan   Botol plastik, sudu kecil, sudu besar, benang, pembaris, air suam,
                Bahan      belon, yis dan gula



                Langkah-langkah

                1.  Isikan 250 ml air suam ke dalam botol plastik.
                2.  Masukkan tiga sudu kecil yis ke dalam botol.
                3.  Tambah satu sudu besar gula dan goncangkan botol.
                4.  Pasang belon pada mulut botol.
                5.  Buat pemerhatian kamu pada saiz belon.
                6.  Ukur diameter belon menggunakan benang dan
                   pembaris bagi setiap 5 minit dalam tempoh 20 minit.
                7.  Bincangkan hasil pemerhatian kamu di hadapan
                   kelas.






                      1.  Apakah perubahan yang dapat diperhatikan?
                      2.  Nyatakan inferens kamu tentang perubahan yang diperhatikan.
                      3.  Mengapakah gula digunakan dalam penyiasatan ini?
                      4.  Apakah kesimpulan yang boleh kamu buat?



                                                                KBAT
                                                                KBAT


                      Apakah gas yang dibebaskan            Apakah yang akan berlaku jika
                      semasa proses pernafasan              gula digantikan dengan garam?
                      mikroorganisma?





                      3.1.2
                      3.1.3
               26     3.1.5
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39