Page 35 - SK Tahun 6 Sains
P. 35
MIKROORGANISMA
Adakah mikroorganisma Aktiviti 2
bergerak?
Tujuan Memerhati mikroorganisma bergerak
Alat dan Mikroskop, penitis, slaid kaca, sisip kaca, bikar, piring petri,
Bahan kertas turas dan air kolam
• Hati-hati ketika menggunakan sisip kaca yang mudah pecah.
# • Cuci tangan selepas menjalankan penyiasatan.
Langkah-langkah
1. Masukkan sedikit air kolam ke dalam bikar.
2. Gunakan penitis untuk mengambil air kolam
daripada bikar.
3. Titiskan air kolam ke bahagian atas slaid kaca.
4. Tutupkan titisan air kolam dengan sisip kaca.
5. Keringkan lebihan air kolam pada slaid kaca
dengan kertas turas.
6. Letakkan slaid kaca di atas pentas mikroskop.
7. Laraskan kanta mikroskop sehingga mendapat
imej yang jelas.
8. Perhatikan pergerakan mikrob di bawah mikroskop.
9. Lakarkan mikrob yang diperhatikan.
10. Catat dan laporkan pemerhatian kamu.
1. Berikan inferens berdasarkan pemerhatian yang kamu peroleh
dalam air kolam ketika menggunakan mikroskop.
2. Nyatakan kesimpulan kamu dalam penyiasatan ini.
#GURU
Sediakan bahan sokongan untuk menunjukkan pergerakan
mikroorganisma dalam bentuk multimedia di dalam laman
web http://youtu.be/F4vWRie_MOK kepada murid.
27

