Page 92 - SK Tahun 6 Sains
P. 92

Blog Haiwan dan Tumbuhan Terancam



                           Membina bahan persembahan digital tentang haiwan dan
                Tujuan
                           tumbuhan terancam dan memuat naik ke dalam blog

                Alat dan
                Bahan      Komputer, talian Internet, akaun blog dan perisian MS PowerPoint

                Langkah-langkah

                1.  Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
                2.  Dengan menggunakan talian Internet, dapatkan maklumat tentang
                   haiwan dan tumbuhan lain di dunia yang terancam, seperti:
                   •  nama haiwan
                   •  habitat
                   •  bilangan yang masih hidup
                3.  Berdasarkan maklumat yang kamu peroleh, jelaskan faktor-faktor
                   ancaman terhadap haiwan dan tumbuhan tersebut dan kelaskan faktor
                   ancaman kepada kategori berikut.
                   •  aktiviti manusia
                   •  bencana alam
                   •  pencemaran
                4.  Dengan menggunakan perisian MS PowerPoint, hasilkan sebuah
                   persembahan yang berkaitan dengan haiwan dan tumbuhan yang
                   diancam kepupusan.
                5.  Muat naik persembahan MS PowerPoint kamu ke dalam platform VLE
                   untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan.


                     1.  Nyatakan maksud pupus dan diancam kepupusan.
                     2.  Berdasarkan maklumat yang kamu perolehi, cadangkan cara-cara
                        mengatasi ancaman yang dihadapi oleh haiwan dan tumbuhan ini.






                Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for
                Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan        Dengan melayari laman web http://
                kerajaan antarabangsa yang menyokong              www.nga.gov/content/ngaweb/
                dan menjalankan usaha pemeliharaan dan            education/kids/kids-jungle.html kamu
                pemuliharaan serta menjalankan kajian ke atas     boleh membina hutan kamu secara
                flora dan fauna. Pertumbuhan ini mempunyai        maya menggunakan haiwan dan
                cawangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia.     tumbuhan yang kamu kehendaki.


                        5.1.2
               84       5.1.3
                        5.1.4
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97