Page 91 - SK Tahun 6 Sains
P. 91
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
Selain daripada aktiviti
manusia, haiwan
dan tumbuhan turut
terancam akibat
bencana alam.
Bencana alam seperti banjir,
gempa bumi dan ribut taufan turut
memusnahkan habitat haiwan
dan tumbuhan. Bencana alam
mengakibatkan banyak haiwan mati
kerana tidak dapat melarikan diri.
tumpahan minyak
Tumpahan minyak, pembuangan
sampah serta bahan buangan
toksik ke persekitaran mengancam
kehidupan haiwan dan tumbuhan.
puting beliung
gempa bumi
banjir
83

