Page 128 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 128

Menulis

                                               Kolam Ikan Indira



                  Ini rumah Indira. Di rumah
                  Indira ada kolam ikan.                                                   apa
                  Kolam ikan di rumahnya
                  besar.





                                              Kolam ikan Indira terletak
                                              di belakang rumah. Kolam                     di mana
                                              ikannya sentiasa bersih.





                  Ayah Indira membersihkan

                  kolam pada waktu petang.                                                 bila
                  Kolam perlu dibersihkan
                  agar tidak berbau busuk.





                                             Indira membela 10 ekor
                                             ikan koi. Ikan itu cantik dan                 berapa
                                             berwarna-warni. Indira rajin
                                             memberi ikan makan.



                   Aktiviti

                   Jawab soalan yang berikut.

                    • Apakah yang ada di rumah Indira?
                    • Di manakah kolam ikan Indira?
                    • Bilakah ayah Indira membersihkan kolam ikan?

                    • Berapa ekorkah ikan yang dibela oleh Indira?


                                •  Pastikan  murid membaca dan memahami bahan untuk menjawab soalan bertumpu.  3.2.2 (i)
                                KB – Menghubungkaitkan                  BCB – Bacaan intensif            BA: 45
                                EMK : Nilai Murni – Kerjasama

                                                             120
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133