Page 130 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 130

TATABAHASA  Kata Ganda


                                                     Kebun Mini


                  Pagi-pagi  lagi,  Indira  sudah  bangun. Dia  dan  keluarga

                  membersihkan kebun mini. Indira mengutip siput-siput yang
                  terdapat di kebun. Dia juga menyapu daun-daun kering.

                    Ayah  pula memacakkan  kayu-kayu  pada pokok terung.
                  Pokok-pokok terung tidak akan tumbang. Ibu memetik cili-cili

                  yang sudah masak. Kawasan rumah kelihatan hijau. Udara
                  juga segar.










































                  Aktiviti

                  Nyatakan kata ganda berdasarkan teks. Kemudian, bina ayat.


                                •   Bimbing  murid membina ayat menggunakan kata ganda.                 5.2.3 (i)
                                KB – Mengecam                          Pembelajaran Kontekstual        BA: 47-48
                                EMK : Nilai Murni – Kerjasama

                                                             122
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135