Page 138 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 138

Membaca


                                                Jimatkan Tenaga






































                  Selepas makan malam, Indira bertanya kepada ayahnya.
                     “Ayah, bagaimanakah caranya menjimatkan tenaga elektrik
                  di rumah?”
                     Ayah berfikir sebentar, kemudian berkata, “Oh, ada banyak

                  cara Indira! Kita hendaklah menutup suis lampu apabila hari
                  sudah cerah. Selain itu, tutup juga suis lampu dan kipas apabila
                  meninggalkan rumah.”

                     “Ya, ayah. Guru selalu berpesan begitu. Amalan ini dapat
                  menyelamatkan bumi kita,” terang Indira.
                     “Pandai, anak ibu,” kata ibu sambil memeluk Indira.

                  Aktiviti

                  • Ceritakan cara kamu menjimatkan tenaga elektrik di sekolah.


                               •  Bimbing murid membaca dan memahami cerita untuk mencatat maklumat penting.  2.3.1 (i)
                               KB – Penilaian                          BCB – Bacaan intensif            BA: 56
                               EMK: Nilai Murni – Berjimat cermat

                                                             130
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143