Page 143 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 143

Penilaian 7


                    A. Menyatakan respons terhadap suruhan, pesanan dan perintah.

                   Udara berjerebu.
                   Kurangkan aktiviti
                   di luar rumah.

                  Jangan lupa                                               Baik, cikgu. Saya akan
                  memakai                                                   bermain di dalam rumah.
                  penutup mulut.


                   Bersihkan muka
                   dan tangan setelah
                   melakukan aktiviti.






                    B. Baca dan fahami teks. Kemudian, nyatakan maklumat.


                                             Sayangi Sungai Kita

                    Huda dan Rina menyertai gotong-royong membersihkan sungai.
                    Huda dan Rina melihat banyak sampah di dalam sungai. Mereka
                    mengutip sampah-sampah itu dan memasukkannya ke dalam
                    beg plastik. Beg-beg plastik itu dibuang ke dalam tong sampah.

                       Ibu bapa Huda dan Rina telah menanam anak-anak pokok
                    berhampiran dengan sungai. Mereka turut memacakkan papan
                    tanda “Cintailah Sungai Kita”. Sungai itu menjadi bersih dan cantik.



                    C. Bina ayat seruan berdasarkan gambar.
















                              wah                         amboi                          aduh



                                                             135
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148