Page 58 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 58
Mari Sediakan Alatan Penanaman
Setelah biji benih bercambah menjadi anak benih, kita perlu mengubahnya
ke dalam takung tanaman. Oleh itu, kita perlu menyediakan alatan untuk
menanam anak benih.
Takung
Takung digunakan untuk menakung Penutup takung
larutan nutrien. Penutup takung mempunyai
beberapa lubang yang berfungsi
untuk memegang raga tanaman.
Raga tanaman
Raga tanaman digunakan untuk
meletakkan anak benih.
Alatan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan
dengan menggunakan air bersih dan dikeringkan.
Elakkan menggunakan bahan pencuci.
Mengapakah penggunaan bahan
guna semula digalakkan untuk dijadikan Sediakan satu bekas hidroponik
alatan penanaman hidroponik? takung mengikut kreativiti kamu
sendiri. Gunakan bahan guna semula
yang terdapat di persekitaran kamu.
NOTA GURU
• Beritahu murid bahawa alatan penanaman dan larutan nutrien boleh dibeli di pasaran.
5.2.4
• Beritahu murid bahawa takung mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.
50

