Page 59 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 59
Penyediaan Larutan Nutrien
Larutan nutrien ialah bahan terpenting yang membekalkan zat makanan
yang lengkap kepada tanaman hidroponik. Kita perlu membuat larutan
nutrien mengikut arahan penyediaan seperti yang tercatat pada label botol.
Kita perlu menggoncang larutan stok yang
hendak digunakan sebelum membuat bancuhan.
Jangan lupa menutup bekas larutan
stok selepas digunakan. Pastikan
stok A dan stok B tidak didedahkan
kepada cahaya matahari.
NOTA GURU
• Beritahu murid bahawa mereka boleh mendapatkan nutrien stok A dan stok B
5.2.5
daripada pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.
51

