Page 32 - SK Tahun 5 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 32
Kita perlu menghargai
KEPENTINGAN sumber semula jadi
TENAGA BOLEH seperti air, geoterma,
ombak dan sebagainya.
BAHARU Sumber tersebut
Penggunaan tenaga dapat digunakan untuk
boleh baharu daripada menjanakan tenaga
boleh baharu.
sumber semula jadi
penting dalam kehidupan
kita. Mari kita bincangkan
kepentingannya.
Mengurangkan penggunaan
tenaga tidak boleh baharu
Penggunaan tenaga boleh baharu
dapat mengurangkan penggunaan
tenaga tidak boleh baharu seperti
petroleum, gas asli dan arang batu.
Memberikan udara
yang lebih bersih
Penggunaan tenaga boleh baharu seperti
tenaga solar akan menjadikan persekitaran
yang lebih bersih. Keadaan ini disebabkan
tiada bahan tercemar dibebaskan berbanding
dengan penggunaan daripada tenaga tidak
boleh baharu seperti bahan api fosil.
JEJAK
TMK
Gunakan enjin carian untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan
bahan api fosil dan perkaitannya dengan kesan rumah hijau.
5.1.2
24
Tunjukkan video dan berbincang dengan murid tentang pencemaran udara akibat
pembebasan asap daripada kenderaan dan kilang perindustrian.

