Page 25 - SK Tahun 5 Matematik
P. 25
2 Bundarkan 218 300 cm kepada GUNUNG KORBU
puluh ribu cm terdekat.
+ 1
2 1 8 3 0 0 220 000
• Digit 8 di kanan
puluh ribu melebihi 5.
terdekat • Tambah 1 kepada 218 300 cm
digit puluh ribu.
• Digit selepas puluh Sumber: https://rb.gy/al0pzt
ribu dijadikan 0.
• Jika digit di kanan ialah 0 hingga 4, kekalkan digit yang hendak
dibundarkan. Semua digit di kanan dijadikan 0.
• Jika digit di kanan ialah 5 hingga 9, tambah 1 kepada digit yang
hendak dibundarkan. Semua digit di kanan dijadikan 0.
218 300 cm menjadi 220 000 cm apabila
dibundarkan kepada puluh ribu cm terdekat.
Gunakan garis nombor pula untuk menyemak jawapan di atas.
3 Bundarkan RM380 590 kepada ratus ribu ringgit terdekat.
RM350 000
RM380 590
RM300 000 RM 400 000
RM380 590 hampir kepada RM400 000.
RM380 590 dibundarkan kepada ratus ribu ringgit terdekat
menjadi RM400 000.
Berpandukan gambar rajah contoh 3, sebut tiga nilai
lain yang menjadi RM400 000 apabila dibundarkan
kepada ratus ribu ringgit terdekat.
1.4.1 17
1.4.2

