Page 32 - SK Tahun 6 Pendidikan Kesihatan
P. 32
Sesal Kemudian Tidak Berguna
Sesal Kemudian Tidak Berguna
Sesal Kemudian Tidak Berguna
Sempena Minggu Antidadah di sekolah, Dell telah menulis sepucuk surat kepada
seorang bekas penagih dadah di sebuah pusat pemulihan dadah. Surat balasan
yang diterima oleh Dell telah dipamerkan pada papan pameran.
Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi pengalaman hidup abang. Pertanyaan
Kepada adik yang prihatin.
adik sungguh menyentuh perasaan abang. Kalaulah masa boleh diundur semula,
abang pasti akan mengelak situasi-situasi yang telah mendorong abang kepada
penyalahgunaan dadah.
Keluarga abang dulunya sangat bahagia. Sehingga pada
suatu hari, ayah abang terlibat dengan rasuah dan dia telah dipecat
dan keluarga abang hilang punca pendapatan. Ibu bapa abang
kerap bertengkar. Hubungan keluarga abang menjadi renggang.
Ayah kerap menghilangkan diri. Ibu pula sentiasa sibuk dengan
perniagaan di warungnya.
Abang anak tunggal. Tiada teman untuk meluahkan
perasaan. Abang juga segan meminta tolong daripada kawan
baik dan juga guru di sekolah. Abang mula melepak dengan
remaja tidak bersekolah. Kemudian abang mencuba benda-
benda yang tidak elok. Pada mulanya, abang cuba menghisap
rokok. Selepas itu, abang menghidu gam pula. Akhirnya, abang
terperangkap dengan penyalahgunaan dadah.
Abang menyesal, adik. Kerana dadah, abang mencuri,
meragut dan memecah masuk rumah orang. Keluarga abang
tahu, tapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Abang sudah
berani melawan mereka. Beberapa tahun abang terperangkap
dalam dunia hitam ini. Akhirnya, abang ditangkap dan dihantar
ke pusat pemulihan dadah. Mulanya, hidup abang amat perit di
sini, namun abang bersyukur kerana menemukan jalan kembali.
Pesan abang, jangan sesekali terpedaya dengan perangkap
dadah. Sayangi diri dan keluarga.
Abang Is
PENGUKUHAN
KBAT
Berdasarkan surat Abang Is, kenal pasti faktor-faktor yang mendorong ke arah
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.
1.4.2
• Minta murid menerangkan fungsi pusat pemulihan dadah. 2.2.1
• Bimbing murid melayari kadar statistik terkini penagih dadah di
24 Malaysia, layari laman web Agensi Antidadah Kebangsaan dengan
menaip www.aadk.gov.my/web/guest/dadah

