Page 64 - SK Tahun 6 Pendidikan Kesihatan
P. 64

Akal Sempit Jika Merempit
                         Akal Sempit Jika Merempit
                         Akal Sempit Jika Merempit
               Geng Motor Kondominium Sungai Dalam mencabar Firdaus untuk berlumba
               haram pada waktu lewat malam. Dengan bijak, Firdaus menolak cabaran
               tersebut tanpa menimbulkan kemarahan kepada mereka. Kita ikuti kisah Firdaus
               dan geng motor tersebut.


               Wah, juara basikal sudah sampai! Mari
               tengok berapa laju kamu boleh pergi               Saya tidak pernah menunggang
               dengan motosikal.                                 motosikal. Jadi, kita tidak perlu
                                                                 berlumba sebab saya pasti akan kalah.











                       Jom! Kita berlumba malam ini.




          Kalah menang perkara kedua. Kami hendak            Bagaimanakah kamu mahu nilai kemahiran
          tengok kemahiran kamu menggunakan motosikal.       saya? Motosikal pun saya tiada. Apalagi
                                                             lesen untuk menunggangnya.








                                                                            Syukur... fizikal selamat,
                                                                            mental pun tak tergugat...


                                                               PENGUKUHAN


                                                       Sewaktu pulang daripada bermain bola sepak,
                      AKTIVITI                         kamu terlihat beberapa orang lelaki sedang
                                                       menconteng  dinding  di  belakang  rumah  jiran
               Fikirkan dua alasan lain yang boleh     kamu. Kongsikan bersama dengan rakan-rakan,
               diberikan sekiranya kamu berada         cara kamu menangani aktiviti vandalisme dalam
               dalam situasi Firdaus.                  kalangan remaja.





                                                                                           3.2.2
                               •  Guru berbincang dengan murid tentang keburukan gejala merempit
                                 dalam masyarakat masa kini.
                56
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69