Page 17 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 17

Menulis



                                            Bercuti di Bukit Larut






















                  Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah

                  membawa kami sekeluarga ke Bukit Larut,
                  Taiping, Perak. Pengalaman kami menaiki jip

                  ke puncak Bukit Larut sangat menyeronokkan.

                       Udara di Bukit Larut sungguh nyaman.
                  Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bunyi
                  deruan air dari celah-celah batu sungguh

                  menyegarkan.
                       Saya, ibu dan kakak tertarik akan bunga

                  dan tumbuh-tumbuhan. Ayah, abang dan
                  adik pula gembira menyeberangi titi gantung

                  di situ.
                       Kami tinggalkan Bukit Larut dengan

                  pelbagai kenangan.  Kami akan ke sana lagi
                  pada masa akan datang.



                           Aktiviti



                  Menulis perenggan dengan betulnya dan kemasnya.


                    Nota Guru    •   Bimbing murid menulis perenggan secara mekanis dalam buku
                                    latihan.                                              3.1.1 (iii)
                                                                                          BA1: 12
                                 Strategi: KB – Mengecam               Pembelajaran Kontekstual –
 8                               EMK: Nilai Murni - Menghargai flora                      Memindahkan  9
                                                      dan fauna
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22