Page 20 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 20

Kata Ganti Nama Diri



                                            Pertandingan Fotografi


                    Hana:              Soo Mei, ayah saya memenangi hadiah pertandingan
                                       fotografi.
                    Soo Mei:           Wah, hebatnya ayah kamu! Apakah gambar yang
                                       dihantar oleh ayah kamu untuk pertandingan itu?
                    Hana:              Oh, ayah menghantar gambar percutian keluarga

                                       kami di Bukit Larut! Kawan-kawan ayah saya juga
                                       menyertai pertandingan itu tetapi mereka hanya
                                       mendapat hadiah sagu hati. Walaupun begitu,

                                       mereka tetap gembira.
                    Soo Mei:           Marilah kita lihat gambar ketika majlis penyampaian
                                       hadiah tersebut.
                    Hana:              Baiklah, ini gambar-gambarnya ... .
                    Soo Mei:           ... .























                                                                               Info Bahasa



                                                                             Kata ganti nama diri ialah perkataan
                                                                             yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri
                             Aktiviti                                        orang pertama, kedua dan ketiga. Contoh:
                                                                             Kata ganti nama diri pertama – saya, aku
                                                                             Kata ganti nama diri kedua – kamu,
                                                                                engkau
                                                                             Kata ganti nama diri ketiga – dia, mereka,
                    Menggunakan kata ganti nama diri mengikut                  beliau

                    konteks untuk melakonkan dialog.

                          Nota Guru   •   Minta murid mengenal pasti kata ganti nama diri yang terdapat
                                         dalam teks.                                            5.1.1 (iii)
                  12                  Strategi: KB – Mencirikan             Pembelajaran Kontekstual –   BA1: 16
                                      EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi              Menghubungkaitkan
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25