Page 23 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 23

Menulis



                                             Adab ketika Makan


                  Keluarga Hana mementingkan adab
                  ketika makan. Mereka selalu makan
                  bersama-sama.

                    Mereka akan membasuh tangan

                  sebelum dan selepas makan. Tangan
                  dibasuh supaya bersih.
                                     Mereka akan membaca

                                                   doa sebelum

                                                  makan. Doa dibaca sebagai tanda
                                                  kesyukuran.
                                                      Semasa makan, mereka duduk

                                                 dengan tertibnya. Mereka makan

                                                dengan sopannya dan tidak mengambil
                                                makanan secara berlebihan.
                    Selepas makan, Amin membantu ibu mengemas meja.

                  Hani membawa pinggan mangkuk yang kotor,

                  manakala Hana
                  membasuh gelas
                  di singki.














                           Aktiviti




                  Menulis petikan dengan kemasnya.


                    Nota Guru    •   Bimbing murid menulis petikan secara mekanis dalam buku latihan.
                                 Strategi: KB – Menghubungkaitkan            Pembelajaran Kontekstual –    3.1.1 (iv)
                                                                                          BA1: 21
                                 EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi               Memindahkan             15
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28