Page 36 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 36

Membaca


                                        Majlis Pengikat Kemesraan


                    Pada hari Sabtu, Puan Jeya, ibu Lageswari, mengadakan
                    jamuan. Jamuan itu bersempena dengan kejayaan salah

                    seorang anaknya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

                        Pada pagi itu, semua penduduk Taman Rasa Indah
                    daripada pelbagai bangsa berkumpul di rumahnya. Mereka
                    membantu Puan Jeya menyediakan pelbagai juadah.

                        Ibu Yahya memasak nasi kerabu. Beliau dibantu oleh

                    ibu Yong Han. Puan Jeya dan ibu Hana membuat tose.
                    Selepas makanan dan minuman siap disediakan, mereka
                    menikmati makanan dengan gembiranya.

                        Sebelum pulang, Encik Yoga dan rakan-rakannya

                    berkemas. Mereka bergotong-royong dengan membantu
                    Puan Jeya. Puan Jeya terharu dengan sikap kerjasama dan
                                                              tolong-menolong penduduk

                                                              Taman Rasa Indah.








                                                                                  Info

                                                               •  Tose ialah makanan India yang dibuat
                                                                   daripada tepung beras.

                                                               •  Nasi kerabu ialah hidangan nasi berwarna
                               menara gading                       kebiruan, yang biasanya dimakan dengan
                                                                   ikan kering, ayam goreng, daging bakar,
                                                                   telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman.


                             Aktiviti




                    Mengenal pasti kosa kata dalam petikan.


                          Nota Guru   •   Bimbing murid memahami dan mengenal pasti kosa kata.
                                      Strategi: KB – Mengenal pasti   BCB: Bacaan luncuran dan imbasan  2.2.1 (i)
                 28                   EMK: Nilai Murni – Kerjasama                              BA1: 34–35                                                                                                        29
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41