Page 38 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 38

Seni Bahasa


                                                     Seia Sekata


                    Batu geliga batu permata,
                        Cincin suasa di dalam peti;

                    Jiran tetangga saudara kita,
                        Setiap masa perlu dihormati.


                    Asam gelugur dijemur sekata,
                        Di atas para di depan halaman;

                    Tegur menegur sesama kita,
                        Hidup mesra sentiasa aman.


                    Buluh dibelah di halaman rumah,
                        Dibuat para pohon peria;

                    Jiran sebelah bersikap ramah,

                        Kita gembira mereka ceria.

                    Di hujung desa kumpul jerami,

                        Jerami diikat dibuat tikar;
                    Bertimbang rasa saling memahami,

                        Tanda muafakat tanpa bertengkar.


                                                   Ciri-ciri Pantun



                            Pembayang Maksud                                   Maksud


                    Batu geliga batu permata,                  Jiran tetangga saudara kita,
                         Cincin suasa di dalam peti;                 Setiap masa perlu dihormati.

                             Aktiviti



                    Melafazkan dan mengenal pasti pembayang maksud dan maksud

                    pantun.

                          Nota Guru   •   Bimbing murid melafazkan pantun dengan sebutan dan intonasi
                                         yang betul.                                            4.2.1 (i)
                 30                   Strategi: KB – Mengecam             KP: Verbal-linguistik  BA1: 37
                                      EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43