Page 67 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 67

Kata Arah


                                  Menjaga Kebersihan Almari Baju














                      di hadapan almari              di sebelah pintu            dari dalam almari

                  Yahya berdiri di hadapan almari bajunya. Almari itu di sebelah
                  pintu. Dia hendak mengemas almari bajunya.
                       Mula-mula, Yahya membuang habuk di belakang almari

                  dengan penyapu bulu ayam. Kemudian, dia mengeluarkan
                  semua pakaian dari dalam almarinya. Dia menyusun pakaian

                  itu di atas katil. Katil itu letaknya di tepi almari.
                       Apabila almari itu telah kosong, Yahya akan mengelap
                  setiap tingkat di dalam almari. Dia mengelap dari bahagian ___

                  hinggalah ke bahagian ___. Dia juga mengelap bahagian ___.
                       Apabila almarinya telah bersih, Yahya akan memasukkan
                  pakaian ke dalam almari.













                          di atas katil             bahagian bawah                 bahagian luar

                                                                           Info Bahasa

                                                                          Kata arah ialah perkataan yang
                                                                          digunakan untuk menyatakan kedudukan,
                           Aktiviti                                       hala atau jurusan. Kata arah biasanya
                                                                          didahului dengan kata sendi nama.
                                                                          Contoh: atas, bawah, tepi, hadapan.
                  Melengkapkan teks dengan menggunakan kata arah mengikut
                  konteks.

                    Nota Guru    •   Bimbing murid mengenal pasti kata arah.
                                 Strategi: KB – Membuat inferens        KP: Interpersonal  5.1.4 (iii)
                                 EMK: Nilai Murni – Rasional                              BA1: 69–70  59
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72