Page 62 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 62
Kata Hubung
Cantik dan Sihat
Hana ditemani oleh ayahnya ke Klinik
Pergigian Doktor Huda untuk membuat
pemeriksaan gigi. Hana keluar dari
kereta lalu berjalan bersama dengan
ayahnya ke klinik. Mereka berjalan
sambil berbual-bual.
Doktor memeriksa gigi Hana di dalam
bilik rawatan. Ayahnya menunggu
di luar bilik rawatan __ membaca
surat khabar.
• Gigi Hana bersih.
• Gigi Hana cantik.
Gigi Hana bersih dan cantik.
• Doktor memuji Hana.
• Hana menjaga giginya dengan baik
__ .
Info Bahasa
__ . Kata hubung ialah perkataan yang
menggabungkan dua binaan ayat.
Contoh: dan, sambil, kerana, atau
Aktiviti
Menggunakan kata hubung untuk membina ayat.
Nota Guru • Bimbing murid mengenal pasti kata hubung.
Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – 5.1.4 (i)
54 EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Menerangkan dan BA1: 64 55
menjelaskan idea

