Page 73 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 73

Membaca






                      Tajuk: ........................................


                  Soo Mei:         Amboi, wanginya
                                   bau masakan mak cik!

                                   Mak cik masak apa?
                  Ibu Hana:  Mak cik sedang memasak nasi ambeng.

                  Soo Mei:         Mak cik, apakah nasi ambeng?
                  Ibu Hana:  Nasi ambeng ialah makanan tradisi masyarakat

                                   Jawa, iaitu nasi putih yang dihidangkan dalam
                                   dulang dengan makanan lain, antaranya

                                   termasuklah mi goreng, ikan masin, sambal,
                                   serondeng kelapa, tempe dan ayam goreng.

                  Soo Mei:         Apakah keistimewaan nasi ambeng, mak cik?
                  Ibu Hana:  Nasi ambeng istimewa kerana setiap hidangan

                                   akan dimakan secara beramai-ramai. Situasi ini
                                   dapat mengeratkan hubungan persaudaraan

                                   dalam sesebuah keluarga dan masyarakat.
                  Soo Mei:   Barulah saya faham. Terima kasih, mak cik.



                                                                                       Apakah tajuk
                       makanan             dihidangkan           mengeratkan
                         tradisi          dalam dulang             hubungan             yang sesuai
                     masyarakat       +       dengan        +   persaudaraan       =   berdasarkan
                         Jawa                makanan                                    petikan ini?
                                                lain                                         ... .



                           Aktiviti




                  Menyatakan idea keseluruhan teks.


                    Nota Guru    •   Bimbing murid memahami teks dan mengenal pasti idea utama serta
                                    idea sampingan untuk mendapatkan idea keseluruhan.    2.2.1 (vi)
 64                              Strategi: KB – Merumuskan                 BCB: Bacaan intensif   BA1: 72–73  65
                                 EMK: Nilai Murni – Hormat-menghormati      Menilai (mencadangkan)
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78