Page 89 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 89

Penilaian




                  A.  Jelaskan maklumat berdasarkan bahan di bawah

                       secara bertatasusila.

                                  Nordin, jelaskan
                                  maklumat tentang alat             Baiklah, Liza.
                                  muzik tradisional itu.             Nama alat
                                                                     muzik itu ... .



                    Nama alat muzik: sundatang
                    Popular: di Sabah
                    Diperbuat daripada: kayu yang keras seperti
                    kayu nangko (kayu nangka). Talinya
                    daripada tangsi atau dawai loyang.

                  B.  Baca dan nyatakan idea keseluruhan yang sesuai

                       dengan teks.

                  Lepa ialah sejenis perahu tradisional
                  yang penting dalam kehidupan

                  masyarakat Bajau di Semporna,
                  Sabah. Mereka menggunakan lepa

                  untuk menangkap ikan dan dijadikan
                  sebagai kenderaan harian.

                       Lepa ialah warisan kebanggaan masyarakat Bajau
                  di Semporna sejak zaman-berzaman. Lepa telah menjadi

                  identiti dan budaya mereka.
                       Walaupun tidak ramai yang menggunakan lepa sebagai

                  pengangkutan pada masa ini, namun lepa terkenal dalam
                  industri pelancongan tempatan. Buktinya, Perarakan Lepa

                  Cantik bersempena dengan Pesta Regatta Lepa diadakan
                  setiap tahun di Semporna, Sabah.


                                                                 (Sumber: Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah)


                                                                                                       81
   84   85   86   87   88   89   90   91   92