Page 84 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 84
Membaca
Asal Usul Nama Baling, Kedah
Menurut cerita orang-orang tua, pada zaman dahulu,
sekumpulan petani dari Siam telah membina rumah
di sebuah kaki gunung di negeri Kedah. Tanah di kawasan
tersebut sangat subur.
Mereka bantu-membantu dengan mengusahakan
ladang tanaman di situ. Mereka bekerja siang dan malam.
Pelbagai pokok buah ditanam.
Selepas beberapa tahun, pokok manggis, langsat dan
cempedak berbuah dengan lebatnya. Tiba-tiba, sekawan
kera datang lalu makan buah-buahan di ladang tersebut.
Para petani berusaha dengan pelbagai cara untuk menghalau
kera-kera itu. Namun, kera-kera itu tidak lari ke hutan yang
berdekatan.
Petani-petani itu telah bermesyuarat untuk menamai
tempat itu “Ban-Lin” yang bererti kampung kera dalam
bahasa Siam. Lama-kelamaan, perkataan Ban-Lin menjadi
“Baling”.
Pernyataan Nilai
• Mereka bantu-membantu dengan bekerjasama
mengusahakan ladang tanaman di situ.
• Mereka bekerja siang dan malam. ... .
• Para petani berusaha dengan pelbagai
cara untuk menghalau kera-kera itu. ... .
Aktiviti
Menyatakan nilai.
Nota Guru • Bimbing murid mengenal pasti nilai berdasarkan teks.
Strategi: KB – Menaakul Pembelajaran Kontekstual – 2.3.1 (ii)
76 EMK: Nilai Murni – Rajin Menghubungkaitkan BA1: 87–88 77

