Page 60 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 60
Ayat Tunggal
Ternakan Puyuh
Encik Johari menghadiri seminar ternakan puyuh di Sarawak.
Beliau mendirikan reban di hujung kampung.
Beliau menjaga puyuhnya setiap hari.
Julaihi ialah pembantu ayahnya pada
waktu petang. Beliau memasang
lampu di dalam reban.
Puyuh Encik Johari semakin banyak
di dalam reban. Encik Johari mengira
puyuh setiap petang.
Banyak telur puyuh di dalam reban.
Julaihi mengutip telur puyuh setiap pagi.
Encik Johari menjual daging puyuh
di pasar. Nenek ____.
Info Bahasa
Ayat tunggal ialah ayat yang
mempunyai satu subjek dan
satu predikat.
Contoh: Hani pergi ke pejabat
pos.
Aktiviti
Menggunakan ayat tunggal mengikut konteks.
Nota Guru • Bimbing murid mengenal pasti ayat tunggal berdasarkan bahan.
AT: Murid bercerita berpandukan gambar dengan menggunakan 5.3.2 (ii)
ayat tunggal. BA2: 59–60
54 Strategi: KB – Menghubungkaitkan Pembelajaran Konstruktivisme –
EMK: Nilai Murni – Kerjasama Menerangkan

