Page 57 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 57

Menulis



                                                 Pelet Kambing


                  Hasan pergi ke rumah datuk Komala. Dia melihat banyak
                  kambing tempatan. Kambing itu di dalam kandang.

                       Pada setiap awal pagi, kambing itu dilepaskan. Kambing
                  meragut rumput di kawasan ladang kelapa sawit.

                       Pada pukul 8:30 pagi, datuk Komala mencuci kandang
                  kambingnya. Dia membersihkan kandang itu supaya tiada

                  najis kambing.
                       Pada waktu petang, datuk Komala akan ke ladang

                  kelapa sawit berdekatan rumahnya. Dia akan menghalau
                  kambingnya pulang ke kandang.

                       Selepas itu, datuk Komala memasukkan pelet ke dalam
                  bekas khas. Kambing-kambing memakan pelet yang

                  diproses daripada daun kelapa sawit.
                       Kambing-kambing itu akan dijual oleh datuk Komala

                  apabila telah matang.


















                    kandang kambing              kambing meragut                       pelet
                                                 rumput

                           Aktiviti




                  Menulis perkataan, frasa dan ayat yang diimlakkan.


                    Nota Guru    •   Minta murid mengenal pasti perkataan, frasa dan ayat.  3.2.4
                                 Strategi: KB – Mengecam    Pembelajaran Kontekstual – Memindahkan
                                 EMK: Nilai Murni – Kegigihan                             (i), (ii) & (iii)  51
                                                                                          BA2: 56
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62