Page 72 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 72

Menulis





                                                   Elis yang Jujur


                    Elis ke pasar raya dengan ibunya. Ibu memberi Elis RM10.00
                    untuk berbelanja.

                        Elis pergi ke bahagian alat tulis. Dia membeli dua buah
                    buku latihan dengan harga RM1.20. Dia juga membeli dua

                    batang pensel. Harga pensel itu ialah RM1.00.
                        Kemudian, Elis menggunakan baki wang untuk membeli

                    sebungkus biskut dan sekotak susu coklat. Dia membayar
                    RM5.70 untuk kedua-dua barangan itu.

                        Semasa menaiki kereta untuk pulang ke rumah, Elis
                    menghulurkan baki wang kepada ibunya.




                                          Perkara                 Wang Masuk Wang Keluar

                             Wang pemberian ibu                      RM10.00                –

                             ___                                          –             RM1.20


                             ___                                          –            RM1.00

                             Biskut (1 bungkus)                          –              RM3.50

                             ___                                         –              RM2.20


                             Baki                                         –            RM2.10

                             Jumlah                                  RM10.00          RM10.00





                             Aktiviti




                    Mencatat maklumat.


                          Nota Guru   •   Bimbing murid mengenal pasti dan menulis maklumat dalam jadual.
                                      Strategi: KB – Mengkategorikan       KP: Matematik        3.2.3
                 66                   EMK: Nilai Murni – Kejujuran                              BA2: 72–73
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77