Page 76 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 76
Membaca
Marilah Kawan-kawanku
Marilah kawan-kawanku semua
Patuhilah peraturan sekolah
Peraturan sekolah jangan kita abaikan
Marilah kita patuhi bersama.
Nilai Murni: Mematuhi peraturan sekolah
Marilah kawan-kawanku semua
Kita patuhi masa belajar
Mesti tekun belajar dengar nasihat cikgu
Janganlah kita leka dan lalai.
Nilai Murni: Tekun belajar
Marilah kawan-kawanku semua
Berilah tumpuan kepada cikgu mengajar
Usah mengganggu kawan-kawanmu di sebelah
Jauhilah sikap yang tidak baik.
Nilai Murni: ... .
Marilah kawan-kawanku semua
Jagalah kemudahan di sekolah
Kemudahan sekolah untuk kita gunakan
Marilah kita jaga bersama.
Nilai Murni: ... .
*Irama lagu “ Kalau Rasa Gembira”
Aktiviti
Menyatakan nilai daripada lagu. IMBAS SAYA
Nota Guru • Bimbing murid mengenal pasti nilai yang terdapat dalam seni kata lagu.
AT: Nyatakan nilai baik yang diamalkan di sekolah kamu. 2.3.1 (i)
70 Strategi: KB – Mengenal pasti KP: Muzik dan Kinestetik BA2: 79
EMK: Nilai Murni – Berdisiplin

